mine~


Thursday 10 November 2011

exam is end..!

Asalammualaikum wbt (: 


Hi engkau orang. Engkau orang sihat ? Aku orang sihat walafiat. HAHA. Akhirnya kan, setelah sekian lama aku tak update -.- Aku busy weih, busy yang memang busy. Exam akhir tahun. Yeayy me, exam dah habis dengan jayanya :') Result ? Setakat nh baru tahu 3 subjek. Apa dan berapa ? Nanti kalau aku rajin, aku update pasal tuh :p haha


Ehh, aku update bukan pasal nak cerita pengalaman aku exam kali nh. Takde makna nyea. Benda biasa jelaa kot kalau exam kan. Meniru ? Itu acara wajib. Tapi jangan keterlaluan, kantoi karang engkau orang jugak yang susah :3


Kalau dah lepas exam, mesti kalut nak tahu result kawan kan. Nak tengok dia dapat berapa ? Nak analisis result dia. Dia dapat tinggi sebab dia memang pure pandai ke atau sebab dia pandai dalam hal-hal meniru haha. Aku selalu tengok fenomena nh berlaku (Y)


Well, berjaya atau tidak seseorang itu, semuanya bergantung pada diri dia sendiri. Ada sesetengah orang, yang bila dapat keputusan yang kurang memuaskan, akan tuding jari menyalahkan guru. Kononnnya, cara cikgu tuh mengajar tak dapat difahami dengan jelas. Okelah, aku pun pernah jadi macam nh. Tapi bila aku fikir balik, semua sebab aku. Walau betul sekalipun cikgu tuh memang kalau dia mengajar aku susah nak faham, masih banyak alternatif lain yang dapat aku guna pakai. 


Contohnya, kalau aku tak faham cikgu kat sekolah mengajar, aku boleh cari cikgu tusyen. Aku boleh pilih mana-mana cikgu yang aku suka, yang aku faham cara dia mengajar. Betul kan ? Tapi ada juga, yang dah masuk tusyen, tapi markah exam still di takuk lama. Tak naik-naik. Makin turun ada lah kot. 


Bila fikir balik, apa lah yang tak kena dengan pelajar yang macam nh kan ? Tambah pula kalau dia dah masuk tusyen yang memang tip top. So, terbukti lah di sini semuanya bergantung kepada pelajar tuh sendiri. Bukan pada sapa-sapa pun. 


Haha dah tetiba aku tukar profesion jadi pakar motivasi kan. Bakat terpendam tuh haha XD Haha aku cakap hanya berdasarkan observation aku, bukan nak hentam mana-mana pihak. Aku pun tak pandai sangat, time exam selalu cukup makan jugak. Tapi omputih kan ada cakap, practise makes perfect. Haha 


Oke dah,lgi stahun kurg sbuln nk PMR ! erhhhh..not ready yet la erk??


Dan akhirnya, selesai lah sesi aku memberi pendapat pada hari ini. Aku akan kembali lagi, jangan risau. Renung-renungkan dan selamat beramal (: haha :P

Sunday 5 June 2011

surat cinta untk ue oll!!~"_"

1- erm,nk cakap sikit dekat awak.. baca NO 5
2- Mmmm..cmnar na cakap? baca je la NO 8
3- na tahu ekh? ermm , baca NO 9
4- huh, drpd pening baek baca jap NO 15
5- cmna ek na cakap.. NO 17 je k..
.........6- kite nk ckp skrang tapi lebeh baek baca NO 16
7- kite akan ckp tp baca dulu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple ja..tp baca dlu NO 4 k?
9- tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18
10- Blom lg la..baca NO 19 ye..
11- da pnt ke? Baca jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)
13- tggal sikit ja lg bce NO 20
14- argh,pnt nih..bce NO 1
15- adush,dah pning dh ni.. baca la NO 6
16- laa, masih tak phm lg ka? Baca NO 12
17- ades, nk ckp nih..baca NO 7
18- kite ta tahu klu awk paham..tlg baca NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanty awk akan tahu..
20- okex okex,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 ja k

demi cinta.."_"

" abg...tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak.



Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu.

"hu...hu..."

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina.

Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini.

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."

pertandingn tahan bau.."_"

Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.

Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.

Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.

Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.

Terakhir peserta dari Bangladesh...
Baru 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.

(kidding2 je ok)

cinta teragung.."_"

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ku tak...

i love ue dalim.."_"

$_________$$$$$$$$$$_______ ___$$
$$___________$$$$$$_________ ___$$
$$___________$$$$$$_________ ___$$
$$___________$$$$$$_________ ___$$
$$___________$$$$$$_________ ___$$
$$___________$$$$$$_________ ___$$
$$___________$$$$$$_________ ___$$
$$___________$$$$$$_________ ___$$
$$___________$$$$$$_________ ___$$
$$___________$$$$$$_________ ___$$
$$_________$$$$$$$$$$_______ ___$$
$$__________________________ ___$$
$$__________________________ ___$$
$$______$$$$$_______$$$$$___ ___$$
$$____$$$$$$$$$___$$$$$$$$$_ ___$$
$$___$$$$$$$$$$$_$$$$$$$$$$$ ___$
$
$$___$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ ___$
$
$$__$$$$ i Mi$$ you baby$$$$$$$_ __$
$
$$______$$$$$$$$$$$$$$$$$___ ___$$
$$________$$$$$$$$$$$$$_____ ___$$
$$__________$$$$$$$$$_______ ___$$
$$___________$$$$$$$________ ___$$
$$____________$$$$$_________ ___$$
$$_____________$$$__________ ___$$
$$______________$___________ ___$$
$$__________________________ ___$$
$$__________________________ ___$$
$$___$$$$$$$$$_____$$$$$$$$$ ___$$
$$_____$$$$$_________$$$$$__ ___$$
$$_____$$$$$_________$$$$$__ ___$$
$$_____$$$$$_________$$$$$__ ___$$
$$_____$$$$$_________$$$$$__ ___$$
$$_____$$$$$_________$$$$$__ ___$$
$$_____$$$$$_________$$$$$__ ___$$
$$_____$$$$$_________$$$$$__ ___$$
$$_____$$$$$_________$$$$$__ ___$$
$$_____$$$$$$_______$$$$$$__ ___$$
$$______$$$$$$_____$$$$$$___ ___$$
$$________$$$$$$$$$$$$$_____ ___$$
$$__________$$$$$$$$$_______ ___$

$$$$_______________________________$$$$$
__$$$$$$$$*_____________________,,$$$$$$$$*
___$$$$$$$$$$,,_______________,,$$$$$$$$$$*
____$$$$$$$$$$$$___ ._____.___$$$$$$$$$$$$
____$$$$$$$$$$$$$,_'.____.'_,,$$$$$$$$$$$$$
____$$$$$$$$$$$$$$,, '.__,'_$$$$$$$$$$$$$$$
____$$$$$$$$$$$$$$$$.@:.$$$$$$$$$$$$$$$$
______***$$$$$$$$$$$@@$$$$$$$$$$$****
__________,,,__*$$$$$$@.$$$$$$,,,,,,
_____,,$$$$$$$$$$$$$* @ *$$$$$$$$$$$$,,,
____*$$$$$$$$$$$$$*_@@_*$$$$$$$$$$$$$
___,,*$$$$$$$$$$$$$__.@.__*$$$$$$$$$$$$$,,
_,,*___*$$$$$$$$$$$___*___*$$$$$$$$$$*__ *',,
*____,,*$$$$$$$$$$_________$$$$$$$$$$*,,____*
______,;$*$,$$**'____________**'$$***,,
____,;'*___'_.*__________________*___ '*,,
,,,,.;*____________---____________ _ ____ '**,,,,

Termenung Di Pustaka..!!~"_"

sumthim bout my friend..!!~"_"

Saya ada sahabat. Sahabat saya cekal dan tabah. Ini masuk kali keenam ia cuba mencari jodoh buatnya. Katanya, nak amalkan hadis 'ya ma'syar'. Huhu...

Ujian Tuhan buat hamba-hamba-Nya.

Kali pertama, kali kedua, kali ketiga, sehinggalah masuk kali kelima. Habis diceritakannya. Sebab, sahabat saya ini tak ada sesiapa lagi nak luahkan perasaannya. Sayalah yang selalu menadah telinga mendengar ceritanya. Sampai pernah satu malam sebelum ni, dia tidur pukul dua tiga pagi ia bercerita. Huhu. Sampai nangis-nangis. Huhu.

Ujian Tuhan buat dirinya.

Katanya, keadaan dirinya memaksa ia mencari teman. Ia tidak tahan hidup dalam keadaan tertekan seperti ini. Saya perlukan teman, katanya. Huhu.

Saya dah cuba berkali-kali. Dah cakap kat ibu bapa, kawan-kawan, dan abang-abang senior. Katanya. Tapi, masih belum berjaya.

Yang membuatkan ia bertambah kecewa, semalam. Seorang akhawat tu tolak lagi sekali. Huhu.

Kan saya dah cakap, jangan terus-terang sangat. Sabar, sabar. Mungkin dia terkejut ke, nak jaga 'tsiqah' ke, ada apa-apa ke.

Dalam hati saya, mungkin awak tak cukup padan dengan dia. Tapi, tak tergamak nak cakap. Huhu.

Saya kata, saya akan cuba tolong cari yang lain pula lah; sampai berjaya.

Katanya, dah banyak kali orang minta nak tolong. Tapi, janji sekadar janji. Ia menangis. Huhu.

Tak, saya akan cuba betul-betul ni. Saya cuba pujuk.

Tak, akhawat semalam tu kiranya yang terakhir saya cari kat sini. Dua orang dah tolak, masuk kali ni, tiga. Cukuplah tiga percubaan. Mungkin saya akan kahwin lepas balik nanti atau lepas mati. Ini azam saya. Azam saya. Saya.

Saya nak menangis, dan saya pun menangis. Tapi, dia dah menangis dulu. Huhu. Kali kedua ia menangis adalah semalam.

Saya tak nak ambil tahu lagi pasal akhawat. Semoga inilah kali terakhir saya cuba kenal akhawat. Sebab, kalau kenal, saya nak, kalau nak, dia tolak, saya 'frust'. -Dia cakap Inggeris sikit. Cakap Inggeris sambil menangis.- Huhu.

Saya nak tumpukan pada ilmu dan dakwah. Lepas ni, dakwah saya mungkin jadi agresif. -Lagi sekali dia cakap Inggeris.- Sebab kalau dulu, saya 'slow' sikit -sekali lagi, hihi- nak jaga, nanti kalau semua benci, siapa nak kat saya. Huhu. Sedihnya.

Ya Allah! Sahabat saya diuji.

Huhu.

Haha.

Ya Allah, tabahkan hati kami. Kami? Ya, sebab sebenarnya, kami semua kecewa. Kecewa dengan mereka. Semalam hari dia sedangkan kelmarin hari saya. Huhu.

Penat.

Tenat.

Tak nak dah.

Tobat!

Cerita Sedih SahAbat Saya..!!~"_"

alo awk rase sakit hati sy mencintai awk,awk adalah sebaik-baik org yg sy sakiti..tiade terlintas nawaitu nk sakitkn hati awk,sy x hrpkn ape2 darr awk..cukuplah awk tau sy amt mencintai awk.. SomeOne special.. ..(",)..

Inilah kata-kata sahabat saya II yang ditujukan khas untuk seseorang yang diminatinya. Saya nasihatkan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat yang menghadapi keadaan yang sama supaya ingat kepada Allah taala dan kembali kepada-Nya dalam usaha mendirikan rumah tangga. Islam ada cara.

Kalau ada calon dan calon itu bersedia menerima anda sebagai suami, usahakan untuk mempercepatkan urusan perkahwinan. Jika tidak, bersabarlah. Jangan mengada-ngada bermain cinta. Selain berdosa kerana ikhthilat, berisiko untuk kecewa seperti dua sahabat saya ini.

Tidak salah menanda, tapi biarlah secara syar'i. Semampu yang mungkin.

Hikayat Cinta Hang Zudin!!~"_"

Diam-diam kausimpan rasa cinta dalam-dalam
Lalu kaulakar puisi syahdu dengan dakwat emas kalam
Kautenun pula selendang kasih dari sutera lagi bersulam
Sambil menyanyi-nyanyi lagu cinta di tengah-tengah malam
Setitik demi setitik air matamu jatuh kerinduan di dalam kelam
Tak sanggup kauluahkan cintamu takut-takut terbangkit kisah semalam.
Tiba-tiba kaugagahkan diri lalu bangun berdiri
Kali ini berjaya insya-Allah harus yakinkan diri
Tapak demi tapak kaulangkahkan kanan dan kiri
Engkau makin pantas kuatkan langkah dan berlari
Laju-laju di mana buah hatiku sekarang aku kejari
Aku cinta aku sayang wahai dinda wahai sang puteri
Aku ingin menjadi raja sudikah, engkau jadi permaisuri?
Dengan penuh mengharap engkau nantikan jawabnya
Selama ini bermain dalam hati sekarang sudah kutanya
Bukan main berdebar kumenunggu kaujawab bahawasanya
Bukan aku tidak sudi akan tetapi diri ini sudah ada yang punya.
Tidak semena-mena kaujatuhkan kepala
Lalu berpaling dan berteriak bagai digigit kala
Kaubuka langkah seribu hiraukan orang segala
Aduh, gagal lagi ikan seekor pun tak lekat di jala!
Tunggu wahai teman, tunggu wahai sahabat
Aku di belakangmu nasihatkan agar terus sabat
Sama-sama kita ingat pada Tuhan ayuh kita taubat
Apa guna berkejar-kejar apa guna berhambat-hambat
Kalau bukan milik kita bukanlah tidak kira cepat atau lambat.